en? ?(54)? ?3?? ?????So Glamorous? ????? ?? ???Rating: 4.4 (115 Ratings)??30 Grabs Today. 37008 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from th BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 30, 2009

ceritaku hari ini

Dah lama aku tak tulis dalam blog nie kan..Hari ahad baru-baru ini aku berpeluang pergi ke Cameron Higland.Seronok tau..Nanti aku kan ceta lagi.

Wednesday, December 23, 2009

Today


Ceritaku semalam tak masuk geramnya tak apalah lupakan ajelah..bukannya apa2 pun hari nie aku tak ada apa2 ceta2 sangat..tapi aku tension sangat duduk rumah amat membosankan.tak ada keja.kena beleter plak 2.Aku nak keja tapi bidang akulah..Macam susah nak dapat.Bidang aku nie selalu diorang bagi keutamaan kepada kaum lelaki menyampah btul lah..abis tue prempuan tak payah keja ke.Pnat blajar tinggi2..Memanglah belajar nak dapatkan ilmu tapi keja pun nak juga supaya dapat pengalaman..Pengalaman dan teori adalah berbeza.Kita yang hidup nie perlu ada kedua2 benda nie.Dari pengalaman kita akan lakukan kesilapan,dari kesilapan kita akan belajar cara untuk memperbaiki,dari itu kita mungkin tidak akan mengulanginya lagi.Tapi sampai bila aku ingin menggangur???Satu persoalan yang mungkin susah dibincangkan.Ia sangat bergantung pada rezeki masing2..btulkan

Monday, December 21, 2009

HILANG


Akhirnya semalam member aku tu faham setelah aku katakan secara jujur aku tak ada perasaan padanya..Aku rasa sedih juga apabila dia pergi untuk meninggalkan aku.Tapi aku rasa lebih baik dia pergi.Aku tak nak dia kecewa mengharapkan pembalasan dari aku.Aku tak ada kawan lelaki sebaik dia lagi.Aku tahu sekiranya dia pergi meninggalkan aku mesti dia tak mahu jadi kawan aku pun,fasal aku tanya tak boleh ke kita jadi kawan walaupun kita tak ada apa2..Dia seolah2 nak lari dari persoalan aku.Aku tak nak lah hilang kawan.Nie masaalah nya.Susahkan.Dia cakap dengan aku dia tak dapat nak teruskan hubungan dengan aku,mungkin dia takut perkara yang sama macam tahun2 lepas berulang dimana aku menolaknya semasa tarikh pertunangan aku dengan dia dekat..Masa 2 aku dah cakap aku tak nak lagi umur ku juga masih muda.Lagipun masa 2 aku nak sambung blajar.Skrang pun aku memang tak ada perasaan kat dia tapi aku terkilan fasal dia pun tak nak kawan aku.Aku tak suka hilang kawan macam nie.Aku sayang smua kawan2 aku.Mungkin juga dia dah ada pengganti aku fasal dia cakap dengan aku dia nak kawin cepat terserahlah..Hanya ALLAH aje tahu perasaan aku sekarang..

Sunday, December 20, 2009

Cinta Gila


Aku rasa nak gila dah sekarang nie..Dulu masa blajar kat ipt aku pernah bercinta tapi masalahnya aku tak ada perasaan kat dia pun..Aku cuma anggap dia sebagai kawan.Tapi dia tak pernah faham2.Dia nak lebih sebagai kawan.Bila aku bagi tahu perkara nie,dia nak marah aku lak.Sudah 4 tahun hubungan ini berlanjutan.dia masih lagi tak faham.Aku pernah cuba untuk mencintainya tapi tak boleh.Aku pun tak faham kenapa aku tak boleh nak menerimanya padahal dia sebaik2 lelaki yang aku jumpa.Aku hanya pernah mencintai seseorang tapi dia pulak mengkhinati aku.Nie lah dunia bila kita syg org itu.Orang itu pulak bukan ditakdirkan untuk kita.Tapi orang yang kita tak suka yang itu pulak nak lebih dengan kita.Satu lagi cinta gila aku budak yang berumur 19 tahun menipu aku semata2 untuk mendapatkan cinta aku.Gila btul.Aku anggap dia kawan baik aje..Rupa2nya dia ada perasaan kat aku plak.Dah lah mnipu aku umur 23 tahun.Pening222..Manusia penuh dengan kegilaan.Bila dah gila sanggup melakukan apa saja.Aku pun gila sebab dapat kenal orang mcm nie.Byk kena fikir lama2 aku masuk hospital gila.Ya ALLAH tolong beri aku kekuatan padaku.kadang2 aku tension masaalah macam nie.Aku cuba lari tapi tak boleh.Aku lari macam mana pun suatu hari nanti aku kena berdepan gak.Semoga aku kuat hadapinya.Amin..

Wednesday, December 16, 2009

Hari Ini

Hari ini tak ada apa2 ceta..aku pening.

Monday, December 14, 2009

Hari Ini

Hai hari ini alhamdulliah aku shat...Kepada pembaca2 harap2 shat lah ye.Hari ini aku nak bercerita tentang satu kisah yang aku baca semalam.Hah sebelum itu aku nak memberitahu hari ini aku akan berjumpa teman baik aku.Rindu kat dia.Berapa kali cancel.Dia merupakan teman baik sejak dari sekolah aku lagi.Dia seorang peramah happy good lucky lah..Syu namanya.Hari ini juga aku berharap adalah hari yang lebih terbaik dari semalam bagi diriku.Aku pun tak suka tension...Orang tua2 ckap kalau kita cepat stress kita cepat nampak tua..btul ke?????Aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.Tapi aku ini paling sensitif klau ada prubahan pada wajahku..Sebagai contoh jerawat.klau tumbuh satu pun aku rasa nak demam.tue dululah skarang dah jadi perkara biasalah.Demam sminggu aku.jerawat hilang demam pun hilanglah.Lawak kan ada ke orang yang mempunyai perwatakan yang sama macam aku.Aku memang banyak kerenah..hanya orang yang benar2 mengenali aku akan memahami aku.Aku juga seorang yang menyayangi kawan2 ku.Ak suka membantu teman2 ku sekiranya aku boleh bantu.

Sunday, December 13, 2009

Penatnya

Hari nie btul2 pnatlah

Friday, December 11, 2009

Ceritaku


Hari ini seperti selalu..Aku nak cari kerja lain..sudah seminggu aku menggangur.Aku mendapat ketenangan apabila membaca Al-Quran.Ya ALLAH aku benar-benar mendapat ketenangan.Tapi aku tak tahu lagi kerja apa yang aku nak dapat..Banyak sudak aku memohon tapi belum satu lagi rezeki ku.Aku tak kisah janji kerja tersebut halal.Walaupun aku mempunyai kelulusan dalam civil.Tapi susah juga untuk mendapatkan kerja mengikut kelulusan aku.Dulu pernah dapat sekali interview dalam bidang aku.Tapi di orang tak panggil-panggil mungkin bukan rezeki ku..Tak apalah kita kena berusaha..insyaallah pasti suatu hari nanti rezeki akan memihak kepada kita pula..Hidupkan umpama roda kekadang kita di atas kekadang di bawa..Tapi manusia ini pelik apabila di beri kesenangan lupa diri..tak ingat ke kekadang kita pun akan mendapat kesusahan..Jadi apabila kita mendapat susah anggap lah ini merupakan ujian dari Allah untuk menguji setiap hambanya.Apabila Allah memberi kesenangan bersyukurlah ingat lah Allah maka dengan itu kita tak akan lari landasan yang disyariatkan.Insyaallah..

Thursday, December 10, 2009

cerita terbaru



Semalam aku ada membaca cerita terbaru cerita tentang 'Azab Dan Seksaan Dosa-Dosa Besar'..Best juga lah cerita nya.aku akan cerita kan salah satu cerita nya.Cerita pertama tentang seksaan bagi di alam kubur.


Pernah Rasulullah s.a.w melalui 2 kuburan, maka katanya: "kedua jenazah yang berada di dalam kubur ini sedang diseksa tetapi bukan di seksa di sebabkan melakukan dosa besar, hanya kerana yang pertama diseksa keranaz semasa hayatnya sering mengadu domba dan yang lain diseksa pula disebabkan tidak istibrak (berdeham-deham)sewaktu beristinjak."Kemudian Rasullah s.a.w minta diambilkan pelepah tamar maka di belah duanya, lalu diletakkan satu pada kubur yang pertama dan sebelah lagi diletakkan pada kubur yang lain seraya bersabda:


"semoga Allah meringankan seksa bagi keduanya selama pelepah itu masih basah"


cerita pendek ini menjelaskan kepada kita rasullah meletakkan pelepah tamar itubagi meringankan seksaan di alam kubur.. Cerita jelas menunjukkan seksaan di alam kubur itu ada.

CUBA HAYATI PETIKAN INI:-

Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding sendirian..Di arak keliling kampung..Berkompangkan azan dan kalimah kudus..Akad nikahnya bacaan talkin..Berwalikan liang lahat.. Saksi pula nisan-nisan..Siraman air mawar..Keluarga terdekat menepung tawar..Tiba masa pengantin..Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH..Di kamar bertilamkan tanah..Dan Dia menuntut janji..Sucikah kita tatkala berpadu..Pernahkah taubat sepanjang hayat..Atau terkubur bersama dosa-dosa...Dan Dia Kekasih itu..Menetapkanmu ke syurga..Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Tuesday, December 8, 2009

Kisah cintaku..

RAMAI MENGATAKAN CINTA ITU INDAH..TAPI BAGI KU CINTA ITU INDAH APABILA ADA YANG MENGHARGAINYA.AKU MEMEGANG PRINSIP LEBIH BAIK BERCINTA LEPAS BERKHAWIN..NAMUM AKU TEWAS SETELAH MENGENALI SESEORANG LELAKI.AKU MENCINTAINYA.WALAU BAGAIMANAPUN AKU MASIH LAGI WARAS INI KERANA AKU TAK MENUNJUKKAN PERASAAN CINTAKU SECARA TERBUKA.AKU HANYA MEMENDAMKAN PERASAAN KU PADANYA..SECARA JUJURNYA AKU MENGETAHUI DIA MENCINTAIKU SEBELUM AKU MEMPUNYAI PERASAAN TERHADAPNYA.TAPI WAWAHUALAM KALAU DIA MENIPUKU INI KERANA DIA SELALU MELUAHKAN PERASAAN NYA PADAKU.INI MERUPAKAN CINTA PERTAMAKU DALAM HIDUP INI..AKU CUBA UNTUK MENJAGA HUBUNGAN INI..SUPAYA BERCINTA BERLANDASKAN ISLAM..TIDAK KELUAR BERDUAAN,TIDAK MEMEGANG SECARA SENGAJA SESAMA BUKAN MAHRAM..AKU TERTARIK DENGAN NYA DISEBABKAN DIA MERUPAKAN SEORANG MUALAF YANG AMAT MENCINTAI ISLAM..KERJA NYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK DIANGGAP SEBAGAI KERJA YANG MULIA..BUKAN SENANG UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU KEPADA ORANG LAIN.IA MEMERLUKAN KESABARAN YANG TINGGI..AKU MENCINTAI NYA MEMPUNYAI SATU TUJUAN IAITU UNTUK MEMBAWA NYA MENGENAL KEINDAHAN ISLAM.AKU JUGA PERLU BELAJAR DISAMPING MENGAJAR KEKASIHKU.TAPI SEKARANG MERUPAKAN ANGAN-ANGAN KU SAHAJA.SEMUANYA HANCUR BERKECAI HATIKU DILUKAI..TERNYATA DIA TIDAK JUJUR DENGAN KU.NIATNYA SATU UNTUK MEMERANGKAP KU MENJADI ISTERINYA KEDUA..AKU RASA BERSYUKUR KERANA SEGALA PENIPUAN TERBONGKAR SEBELUM SEMUANYA TERLEWAT..

Saturday, September 26, 2009

cita2 ku

skarang aku mempunyai kerjaya yg belum tetap..harap2 suatu hari nanti rezeki memihak kepada diri ku..amin

Sunday, July 5, 2009

Rindu..


sudah lama tidak ku coretkan cerita di sini..rindu rasanya. Tapi apakah daya sekarang aku bukan lagi begelar student. Sekarang aku sibuk mencari kerja. Belum rezeki aku lagi. Susah mencari kerja. Kadang-kadang aku merasakan dah tertekan sangat. Tetapi harus bagaimana lagi hidup mesti di teruskan. jadi kena lah berusaha sikit. Moga-moga hasil usaha akan mendatangkan hasil. Insaallah..

Friday, May 8, 2009

COBAAN

Kisah ku kali ini berkisarkan tentang apa yang terjadi baru-baru ini.Sejak akhir-akhir ini aku merasa tertekan sangat.ini mungkin bahang dari final exam yang semangkin dekat..aku merasa macam satu beban.kadang2 aku dah berusaha tapi hasilya mcm tak seperti aku harapkan.mungkin nie merupakan dugaan bagi aku.Aku kena ikhlas terima cobaan ini.Aku sebernanya lambat untuk menerima satu pelajaran tak seperti sebelum ini..Aku tak pasti apa yang sebenarnya terjadi.Mungkin aku terlalu obses hingga aku tak boleh bawa pelajaran aku.Aku cepat kecewa bila aku gagal dalam sesuatu benda yang aku buat..ini merupakan perjuangan aku untuk mendapatkan sekeping kertas dari usaha ku sendiri..aku mengharapkan ALLAH memberkati aku.Amin..

Monday, April 13, 2009

Nasihaku..


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan… Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cintakeinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah.. lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan… manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…


Saturday, April 11, 2009

APA YANG DINAMAKAN CINTA..



Adalah sesuatu yang menyakitkan ketika kita mencintai seseorang, namun ia tak pernah membalasnya, tetapi yang lebih menyakitkan adalah ketika kita mencintai seseorang sedangkan kita tidak pernah dapat menemukan keberanian untuk mengungkapkan perasaan kita padanya.
Sebuah hal yang menyedihkan dalam hidup ketika kita bertemu dengan seseorang, yang sangat bererti bagi kita, hanya untuk mengetahui pada akhirnya seseorang tersebut tidak ditakdirkan untuk bersama kita, sehingga kita harus dengan berat hati membiarkannya pergi dan berlalu.
Teman terbaik adalah teman dimana ketika kita duduk bersama disebuah ayunan, tanpa ada ucapan sekatapun, dan ketika harus berpisah dengannnya, terasa seolah hal tersebut merupakan percakapan paling menyenangkan yang pernah dilakukan bersama.
Adalah benar bahwa kita takkan pernah tahu apa yang telah kita dapatkan hingga kita kehilangannya. Tetapi adalah benar juga, ketika kita tidak tahu apa yang telah hilang hingga hal tersebut menghampiri kita.
Impikan saja apa yang ingin kita impikan, pergi saja kemanapun kita ingin pergi, jadilah sebagai sosok yang kita inginkan, karena kita hanya memiliki satu buah kehidupan dan satu buah kesempatan untuk dapat melakukan semua hal yang kita inginkan.
Letakkan diri kita sebagai layaknya orang lain, jika kita merasa hal yang kita lakukan akan menyakiti diri kita, hal tersebut mungkin akan menyakiti yang lain pula.
Kata-kata yang terucap tanpa perhitungan mungkin akan menyulut perselisihan, perkataan yang kejam dapat menghancur-kan kehidupan, sebuah kata yang tak tepat mungkin juga mampu menambah beban batin seseorang, dan... sebuah kata yang penuh cinta kasih mungkin dapat menyembuhkan dan memberikan berkah.
Orang yang paling bahagia adalah orang yang tidak merasa selalu membutuhkan semua hal terbaik, mereka hanya berfikir bagaimana menciptakan semua hal menjadi terbaik bagi mereka, yang berlalu dalam hidupnya.
Cinta dimulai dengan sebuah senyum dan berakhir dengan air mata. Ketika kita dilahirkan, kita adalah orang yang menangis, sementara orang-orang disekeliling kita tersenyum bahagia.Ketika kita meninggalkan hidup, maka kita adalah pihak yang tersenyum begitu bahagia... sementara orang disekeliling kita menangis.


KECANTIKKAN WANITA YANG SEJATI


Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


Friday, April 10, 2009

kehidupan???

Catatan ku kali ini berkisarkan tentang kehidupan..Kehidupan merupakan satu cabaran.kadang-kadang kita leka hingga boleh membawa kita ke landasan yang menyimpang.Apa ketetapan pada asal nya pasti tidak ikut seperti yang dirangcangkan..lepas itu pasti kita menyesal.tetapi apakah daya kita tidak boleh berpatah balik.So terima ajelah tapi kita nie tersgt lah beruntung kerana ALLAH itu maha pengampun.Sekiranya kita bertaubat dan kembali jalan sebenar.dosa kita akan terhapus.

Thursday, April 9, 2009

Hipokrit



Apa yang dimaksudkan hipokrit??Aku tahu hipokrit seperti menipu diri sendiri.Tetapi adakah patut kita hipokrit..Mengapa sesetengah dari kalangan teman-teman kita hipokrit kita turut menjadi mangsa.Adil ke begitu.namum itu memang lumrah kehidupan di dunia.Setitik nila tumpah abis susu sebelanga.Tapi pada ku lebih baik juga kalau kita hipokrit sekiranya hipokrit itu dapat menutup keaib kan diri sendiri.Biar lah hipokrit kita terus sampai bila-bila dan tukar hipokrit kepada yang kekal untuk berubah kepada kebaikan.Apa yang ingin ku coret kan di sini untuk menceritakan pengalaman ku bagaimana keadaan zaman sekarang ini..Tidak perlu aku menceritakan yang terlalu panjang kerana ramai yang kebanyakkan tahu sendiri kan.Di sini aku hendak menceritakan tentang tempat belajar ku..Susah untuk aku mengenali siapa sebenarnya yang benar-benar tidak hipokrit di dalam kelas ku.Semua yang ku kenali hampir sama aje.Di dalam kelas cantik dengan tudung litup di luar tudung entah kemana di terbangkan.Rambut pun kebanyakkan berkarat tidak nampak lagi keaslian warna hitam.Aku sebagai perempuan kadang-kadang merasa malu ini kerana kaum lelaki di dalam kelas ku kadang-kadang membicarakan tentang isu ini.Sehingga mereka berani untuk menayakan persoalan ini kepada ku.Apa yang ingin aku jawab.Aku hanya boleh mempertahankan hak seorang perempuan.Yang boleh aku lakukan dengan memberi nasihat.Tetapi kadang-kadang aku yang dibidas balik.Pergaulan tak perlu aku cerita.Aku rasa semua orang mengerti.Lelaki dengan perempuan seperti tidak tahu batas-batas.Aku kadang-kadang terfikir tentang masalah ini.Mengapa terjadi masalah ini.Sekiranya tidak tahu memang mustahil sekali.Ini kerana di intitusi mesti ada belajar agama kan.Termasuk juga di intitusi tempat ku belajar.Aku tidak mengatakan aku baik atau pun alim.Aku juga seperti perempuan lain.Bukan nya bertudung labuh.Aku tidak layak.Ilmu agama tidak cukup.Aku perlu menambahkan ilmu ku dulu sebelum aku dapat membawa teman-teman ku.Ini kerana bila aku membicakan tentang agama aku banyak diam kerana aku tidak mempunyai fakta dan bukti-bukti.Aku perlu menambahkan ilmu supaya dapat membidas balik kata-kata di orang.Seterusnya kadang-kadang kata-kata di orang seperti cakap berdasarkan akal fikiran yang tak berasas.Tiada Fakta atau yang terpesong sedikit.Contohnya bab agama.Aku takut sekiranya mereka terpesong.Aku harap ada seseorang yang boleh membawa mereka terhadap perubahan.Aku mengharapkan diriku dan teman-temanku dapat mengikuti islam yang sebenar dan menjalani kehidupan islam yang sentiasa diredhai ALLAH S.W.T...amin


Friday, April 3, 2009

Salah Siapa???


Aku telah dipilih diantara pelajar kelas ku untuk pergi ke Selangor..tujuan ke sana adalah untuk mencari ilmu ALLAH yang berkaitan hidraul..Di sana kami di ajar cara untuk mengkaji banjir,untuk mengelakkan dari berlaku kerosakkan semasa banjir. Malah itu merupakan salah satu bidang tugas ku yang aku ceburi sekarang.Di dalam bas sememangnya aku mempunyai seorang kawan baik..sudah 4 tahun aku mengenalinya.Dia saja kawan perempuan yang rapat dengan ku.ini kerana kawan kelas perempuan lain seperti tidak boleh masuk sekepala.diorang mengatakan kami pelajar skemalah,baik sangatlah..tapi bagi ku,aku tak kisah asalkan niatku baik.aku lebih rapat dengan pelajar lelaki.ini kerana pelajar lelaki lebih faham serta boleh menerima pendapat kitorang.semasa dalam perjalanan ke Selangor aku bersama temanku membahaskan tentang masalah remaja terkini bersama 4 orang pelajar lelaki.mereka yang membuka isu itu terlebih dahulu.Aku bersama teman baik ku mempertahankan kaum wanita yang teraniya serta mempertahankan tentang agama islam..susah juga aku serta temanku membahaskan tentang isu tersebut ini kerana mereka seperti hendak menjatuhkan kami.Cara mereka bercakap seperti orang yang cetek agama.aku terkejut kerana masih ada lagi insan seperti itu.aku merasa simpati.aku tidak tahu bagaimana cara hendak bawa mereka mengenali islam sebenar.cara mereka cakap juga seperti menyalahkan orang lain.perkara yang dibincangkan seperti soal berkaitan solat,boikot,pergaulan laki dan perempuan,hipokrit dan sebagainya.Mereka seperti tidak menerima apabila kami menghujah perkara yang terlarang.mereka juga seperti tiada keyakinan lagi terhadap islam.Mereka lebih percayakan kepada orang kafir.Kami sebagai kaum hawa insan yang lemah sudah berusaha untuk membawa tetapi kami tak cukup kuat untuk menghujahkan nya ini kerana ilmu yang kami ada terlalu sikit.kami tewas dalam hujah tersebut kerana mereka tetap mempertahankan hujah mereka yang tak berasas yang hanya mengikut fikiran mereka semata-matanya.
Aku tertanya-tanya mengapa terjadi begitu??Mereka seolah-olah memperlekehkan orang islam sekarang.malah wanita dipandang biasa bagi diorang yang mudah diusung kesana sini,dipegang,dicium dan sebagainya.aku jadi malu dengan apa yang diorang fikir.Bukan semua wanita sama apa yang diorang fikir.Maruah wanita seperti dicanang-canang,tiada apa istimewa.Semua sama bagi mereka.Teman perempuan ku yang lain yang mendengar.Tiada langsung perasaan malu atau merasa ingin marah, atau marah dengan kata-kata pelajar lelaki tersebut.malah meraka ketawa serta mengiyakan kata-kata pelajar lelaki tersebut.Apa yang terjadi sebenarnya aku pelik dan rungsing.Mereka tidak mahu menyalahkan diri mereka.Sekiranya begitu salah siapakah ini...???

Saturday, March 28, 2009

Mencari Ketenangan

Bagaimana kita hendak mencari ketenangan sebenarnya??Persoalan yang sering bermain di dalam fikiran ku. Aku merasakan kadang-kadang diriku dibelenggu dengan persoalan-persoalan kerana di dunia ini penuh dengan onak dan duri yang perlu di tempohi oleh setiap orang yang bergelar MANUSIA.Kita kena pandai membawa diri dengan rakan-rakan yang baik sekiranya kita hendak menjadi baik.Ketenangan yang sebenarnya apabila hidup kita ini mengikut landasan islam yang sebenar..kita akan dapat merasai betapa indahnya islam itu..Disamping kita akan merasa amat-amat bertuah serta bersyukur kerana kita di lahirkan dalam islam..Aku juga turut mengharapkan mendapat ketenangan dalam jiwaku..ketenangan itu merupakan anugerah dari ALLAH kepada hamba-hambanya..

Tuesday, March 17, 2009

Kecantikkan Yang Tidak Kekal

Kecantikkan yang dipandang bila kita mencintai sesuatu tidak lah akan kekal..sebab sesuatu kejadian yang ada di dunia ini tidaklah akan kekal..yang akan kekal bila di akhirat kelak. Aku tertanya-tanya adakah perlu bila kita menyintai seseorang kita perlukan pengorbanan?? Tapi bagi sesetengah orang mengatakan bahawa dalam islam tiada istilah bercouple. Bagi ku, aku juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan tempat untuk luahkan masalah. Tp aku bukan seperti orang lain yang hanya berharap pada insan yang bernama lelaki yang bukan mahram ku.Sebab aku mengatakan, ini kerana aku pernah untuk menyayangi seseorang apa yang aku dapat menyakitkan. Sekarang tempat untuk meluahkan perasaan yang paling terbaik adalah ALLAH S.W.T. Aku mendapat ketenangan bila aku cuba mendekatkan diri padanya walaupun aku tahu iman ku tidak mantap.tapi aku tetap mencuba...Ini kerana aku tahu bila kita menyintai ALLAH dahulu..kita tidak akan terlalu taksud menyintai insan lain dan kita juga dapat menghalang diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.Manusia kekadang hanya menyintai kecantikkan tapi mereka terlupa kecantikkan yang dipandang tidak akan kekal.Cinta yang benar-benar ikhlas apabila kita menyintai seseorang dengan menilai hati dan budinya bukannya dari paras rupa. Cinta ibarat warna-warna yang ceria bila bahagia tapi bila menyakitkan cinta itu di ibaratkan warna-warna yang suram..jadi sekiranya kita bercinta jangan kita lupa kan pada pencipta kita. Restu ibu bapa juga penting untuk mendapatkan "Keberkatan".


Monday, March 16, 2009

CINTA ITU MENYAKITKAN


Dunia dianggap indah oleh insan yang tak mengerti ertinya..cinta yang ada didunia tidak kekal..kadang2 cinta yang kita dpat lebih pahit dari manisnya..cinta di dunia lebih menyakitkan sekiranya cinta yang kita berikan pada orang yang tidak tahu menghargainya.Sesetengah dari kaum adam yang ada di muka bumi ini hanya hendak suka-suka dengan menjanjikan pelbagai macam janji manis yang membuatkan kaum hawa yang lemah menerimanya setelah termakan janji manis-manis yang dilemparkan.setelah mereka merasakan kaum hawa telah menerima dan mempercayainya.mereka ini memainkan peranan dengan menjalankan rancangan untuk menghancurkan bunga-bunga yang masih suci tersebut..Setelah dirosakkan pelbagai alasan untuk berdolak dalih yang diberi untuk melarikan diri dari bertanggungjawab..inikah yang dinamakan cinta sejati yang sering diaggung2kan itu.Siapa yang rugi???Jadi sebelum kita mencintai insan lain lebih baik kita mencintai ALLAH dan kita cintailah diri kita dulu.Sama2 lah kita menjaga maruah dan diri kita samada kaum adam atau pun hawa..Syaitan sentiasa menghasut kita sekiranya kita berdua2an dengan pasangan kita yang bukan mahram.Jadi sentiasalah beringat....INGAT TUE!!!!

Wednesday, February 25, 2009

Mencari Cinta Yang Sebenar

Cinta yang sebenar adalah mencintai Allah...sebelum kita mencintai insan lain cintai lah Allah.Tetapi kita ini hanya lah manusia biasa yang hanya boleh merancang.Hendak melaksanakan tidak mudah seperti yang dirancang.

Tuesday, January 20, 2009

Mencari Keindahan Islam Yang Sebenar..


Aku di lahir di dalam keluarga yang sederhana tidak lah kaya dan tidak lah terlalu miskin..

Keluarga ku juga bukan lah dari kalangan orang kuat beragama tetapi amalan yang wajib tetap dilaksanakan. Tetapi cukup lah aku mengatakan keluarga ku hanya bersederhana sahaja. Aku di dilahirkan di muka bumi allah pada tahun 1987.

Aku menetap di Perak selama ini,dibesarkan,bersekolah disini. Sekarang umur ku meningkat dewasa. Baru ku terfikir untuk mencari dan menghayati islam yang sebenar.

Hati ku berasa teruja yang teramat sangat apabila mendengar dikalangan yang berilmu mengatakan bahawa islam itu indah apabila kita menghatinya sebenar-benarnya.Aku cuba mendekatkan hati ku padanya.Aku tahu, aku tak layak aku hanyalah hamba mu yang lemah. Tetapi akan ku cuba untuk mencari sinar mu itu .

Semoga engkau memberi petunjuk mu kepada ku...

Friday, January 16, 2009

Pandai Makan Tapi Tak Kenal Asal-Usul







Mak saya pernah goreng satu makanan. Rasanya lemak, gebu…. Tapi bukan ubi kayu …warnanya putih kekuningan…tapi bukan ubi keledek…kome tahu ke apa dia???




Itulah buah sukun yang jarang-jarang didapati masa kini.







Inilah rupanya buahnya sukun..





Ciri-ciri pokok sukun daunnya lebar dan hijau..


















Gambar Disunting dari wikipediar