en? ?(54)? ?3?? ?????So Glamorous? ????? ?? ???Rating: 4.4 (115 Ratings)??30 Grabs Today. 37008 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from th BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, April 3, 2009

Salah Siapa???


Aku telah dipilih diantara pelajar kelas ku untuk pergi ke Selangor..tujuan ke sana adalah untuk mencari ilmu ALLAH yang berkaitan hidraul..Di sana kami di ajar cara untuk mengkaji banjir,untuk mengelakkan dari berlaku kerosakkan semasa banjir. Malah itu merupakan salah satu bidang tugas ku yang aku ceburi sekarang.Di dalam bas sememangnya aku mempunyai seorang kawan baik..sudah 4 tahun aku mengenalinya.Dia saja kawan perempuan yang rapat dengan ku.ini kerana kawan kelas perempuan lain seperti tidak boleh masuk sekepala.diorang mengatakan kami pelajar skemalah,baik sangatlah..tapi bagi ku,aku tak kisah asalkan niatku baik.aku lebih rapat dengan pelajar lelaki.ini kerana pelajar lelaki lebih faham serta boleh menerima pendapat kitorang.semasa dalam perjalanan ke Selangor aku bersama temanku membahaskan tentang masalah remaja terkini bersama 4 orang pelajar lelaki.mereka yang membuka isu itu terlebih dahulu.Aku bersama teman baik ku mempertahankan kaum wanita yang teraniya serta mempertahankan tentang agama islam..susah juga aku serta temanku membahaskan tentang isu tersebut ini kerana mereka seperti hendak menjatuhkan kami.Cara mereka bercakap seperti orang yang cetek agama.aku terkejut kerana masih ada lagi insan seperti itu.aku merasa simpati.aku tidak tahu bagaimana cara hendak bawa mereka mengenali islam sebenar.cara mereka cakap juga seperti menyalahkan orang lain.perkara yang dibincangkan seperti soal berkaitan solat,boikot,pergaulan laki dan perempuan,hipokrit dan sebagainya.Mereka seperti tidak menerima apabila kami menghujah perkara yang terlarang.mereka juga seperti tiada keyakinan lagi terhadap islam.Mereka lebih percayakan kepada orang kafir.Kami sebagai kaum hawa insan yang lemah sudah berusaha untuk membawa tetapi kami tak cukup kuat untuk menghujahkan nya ini kerana ilmu yang kami ada terlalu sikit.kami tewas dalam hujah tersebut kerana mereka tetap mempertahankan hujah mereka yang tak berasas yang hanya mengikut fikiran mereka semata-matanya.
Aku tertanya-tanya mengapa terjadi begitu??Mereka seolah-olah memperlekehkan orang islam sekarang.malah wanita dipandang biasa bagi diorang yang mudah diusung kesana sini,dipegang,dicium dan sebagainya.aku jadi malu dengan apa yang diorang fikir.Bukan semua wanita sama apa yang diorang fikir.Maruah wanita seperti dicanang-canang,tiada apa istimewa.Semua sama bagi mereka.Teman perempuan ku yang lain yang mendengar.Tiada langsung perasaan malu atau merasa ingin marah, atau marah dengan kata-kata pelajar lelaki tersebut.malah meraka ketawa serta mengiyakan kata-kata pelajar lelaki tersebut.Apa yang terjadi sebenarnya aku pelik dan rungsing.Mereka tidak mahu menyalahkan diri mereka.Sekiranya begitu salah siapakah ini...???

0 comments: