en? ?(54)? ?3?? ?????So Glamorous? ????? ?? ???Rating: 4.4 (115 Ratings)??30 Grabs Today. 37008 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from th BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 9, 2009

Hipokrit



Apa yang dimaksudkan hipokrit??Aku tahu hipokrit seperti menipu diri sendiri.Tetapi adakah patut kita hipokrit..Mengapa sesetengah dari kalangan teman-teman kita hipokrit kita turut menjadi mangsa.Adil ke begitu.namum itu memang lumrah kehidupan di dunia.Setitik nila tumpah abis susu sebelanga.Tapi pada ku lebih baik juga kalau kita hipokrit sekiranya hipokrit itu dapat menutup keaib kan diri sendiri.Biar lah hipokrit kita terus sampai bila-bila dan tukar hipokrit kepada yang kekal untuk berubah kepada kebaikan.Apa yang ingin ku coret kan di sini untuk menceritakan pengalaman ku bagaimana keadaan zaman sekarang ini..Tidak perlu aku menceritakan yang terlalu panjang kerana ramai yang kebanyakkan tahu sendiri kan.Di sini aku hendak menceritakan tentang tempat belajar ku..Susah untuk aku mengenali siapa sebenarnya yang benar-benar tidak hipokrit di dalam kelas ku.Semua yang ku kenali hampir sama aje.Di dalam kelas cantik dengan tudung litup di luar tudung entah kemana di terbangkan.Rambut pun kebanyakkan berkarat tidak nampak lagi keaslian warna hitam.Aku sebagai perempuan kadang-kadang merasa malu ini kerana kaum lelaki di dalam kelas ku kadang-kadang membicarakan tentang isu ini.Sehingga mereka berani untuk menayakan persoalan ini kepada ku.Apa yang ingin aku jawab.Aku hanya boleh mempertahankan hak seorang perempuan.Yang boleh aku lakukan dengan memberi nasihat.Tetapi kadang-kadang aku yang dibidas balik.Pergaulan tak perlu aku cerita.Aku rasa semua orang mengerti.Lelaki dengan perempuan seperti tidak tahu batas-batas.Aku kadang-kadang terfikir tentang masalah ini.Mengapa terjadi masalah ini.Sekiranya tidak tahu memang mustahil sekali.Ini kerana di intitusi mesti ada belajar agama kan.Termasuk juga di intitusi tempat ku belajar.Aku tidak mengatakan aku baik atau pun alim.Aku juga seperti perempuan lain.Bukan nya bertudung labuh.Aku tidak layak.Ilmu agama tidak cukup.Aku perlu menambahkan ilmu ku dulu sebelum aku dapat membawa teman-teman ku.Ini kerana bila aku membicakan tentang agama aku banyak diam kerana aku tidak mempunyai fakta dan bukti-bukti.Aku perlu menambahkan ilmu supaya dapat membidas balik kata-kata di orang.Seterusnya kadang-kadang kata-kata di orang seperti cakap berdasarkan akal fikiran yang tak berasas.Tiada Fakta atau yang terpesong sedikit.Contohnya bab agama.Aku takut sekiranya mereka terpesong.Aku harap ada seseorang yang boleh membawa mereka terhadap perubahan.Aku mengharapkan diriku dan teman-temanku dapat mengikuti islam yang sebenar dan menjalani kehidupan islam yang sentiasa diredhai ALLAH S.W.T...amin


0 comments: