Wat pembaca kalian sudah lama aku tidak melakarkan catatan kehidupan aku di sini...begitu banyak aku ingin ukirkan kisah-kisah yang aku tempuhi tapi apakan daya aku begitu sibuk dalam menghadapi pancar kehidupan di alam fana ini.Selama hari ini banyak warna-warna yang aku tempuhi ada suka duka.Aku akan memulakan cerita ku dari awal aku mendapat pekerjaan di Penang.
Pada awal tahun 2011 aku di tawarkan bekerja di sebuah syarikat transport sebagai S.A..Pada awal aku begitu semangat untuk bekerja kerana gaji yang ditawarkan ckp lumayan walaupun tidak seberapa.Aku ada membuat simpanan dan membantu keluarga ku di kampung.Pada awal nya aku tidak mempunyai ramai teman.Bagi ku tidak kisah.Aku membuat kerja ku tanpa mempedulikan diorang.Bulan berganti bulan aku mula mempunyai teman yang seangkatan bagi ku.Baru aku mengenali diorang dan juga perangai diorang yang suka dengki dan mempunyai perasaan iri hati.Aku tidak masuk campur itu hak diorang.Apabila sudah beberapa bulan aku bekerja,aku mengambil keputusan untuk membeli sebuah kereta.Kereta viva sahaja yang aku mampu memiliki wat masa sekarang.Setelah 3 bulan aku mengambil kereta.Aku merasakan tidak selesa untuk bekerja ditempatku sekarang.Ini kerana aku diberitahu oleh bos ku kontrak bekerja ku akan tamat tempuh sebulan lagi.Aku sudah malas untuk menandatangani kontrak ku.Ini kerana aku akan terikat dengan kontrak selama setahun lagi.Sampai bila aku bekerja sebagai kontrak.Aku pun hendak mencari kerja yang tetap.